Sunday, October 2, 2011

26/6/2010- sebuah memori..

sayang..
tiada kata secantik bahasa, tiada madah secantik bicara,
untuk ku untai menjadi satu, membentuk warkah buat dirimu..

sayang..
tika kau hadir, diri ini dalam kekeliruan, sinar kegelapan memenuhi ruang hatiku,
tidak terlintas sinar dihatiku andai akan tiba cahaya kebahagiaan,
ibarat bunga yang hampir layu, kau sirami dengan senyuman dan gurauan,
puing-puing kebahagiaan kian mengetuk pintu hatiku..

Namun sayang..
ingin kuperkatakan disini, detik cintaku padamu bukanlah sejak mula,
namun kusemai di hatiku hingga sukar tuk aku lepaskan,
lohong-lohong hitam kian tercantum dengan kehadiranmu,
masa demi masa ku kait hatiku pada mu,ku belajar memahami mu,
setiap kata teguran dan amarahmu ku semat ke dalam hati,
andai derita itu bahagia,ku tega bersamamu,
selagi nya masih dipinjamkan oleh-NYA, selagi itu cintaku untuk mu..

Saturday, October 1, 2011

He is the one...

Dia.. dia yang tidak pernah kutemui.. dia yang tidak pernah kukenali.. namun ketenangan ku rasai tiap kali berbicara dengannya, hati diamuk resah andai dia tidak dapat kuhubungi.. keramahan dan kemurahan gurauannya menceriakan hari-hari ku.. indah yang kurasakan seakan dunia ini milik ku.. tiapkata dan tuturnya amat mendamaikan, keresahan yang yang menjelma ibarat angin yang lalu.. hilang ditelan masa.


10/9/2010-Hari ini, pertama kalinya kumendengar suaranya.serak-serak basah, namun lembut kedengaran..hatiku tertawan.. jiwaku terpesona dengan keperibadiannya. ku memberanikan diri cuba mengenalinya.. ternyata dirinya amat disenangi.. hari demi hari, masa berganti masa, ku semakin mengenalinya.. hari-hariku dipenuhi dengan dirinya.. kedamaian yang tidak pernah kurasakan.. indah kurasakan.. tidak sabar untuk bertemu dirinya..

hati..

alangkah indah kaki melangkah menusuri taman impian dikala impian hati terlaksana.. kilauan bintang menerangi semesta, menerangi malam yang kesuyian mengisi hati yang damai.. langkah demi langkah membelah laluan, ditemani bunga-bunga indah sepanjang laluan.. angin malam yang menderu perlahan -lahan menyapu pipi. kedinginan malam terasa hingga ke tulang sendi. alangkah indah dan nyaman nya.. pemandangan seluas alam.. mata terpejam menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T ,sungguh aku impikan suasana begini. ketenangan hati, kedamaian jiwa,dan ketulusan hati..

namun semua itu hanya mimpi ku.. impian ku jauh, tak tergapai hatta sedikit pun. jiwa ku dicengkam keresahan, kemurungan dan kekecewaan. Impian yang ku bina hancur berderai dikala tangan ku hampir menggapainya. sekejamnya ia dihancurkan, ku tercampak dan terlontar beribu batu. hatiku sakit.. tersiksa.. apa salah dah ku lakukan hingga begitu padah yang ku terima? dibelenggu soalan yang tidak kutemui jawapannya.. dimanakah manis? hilang dalam sekelip mata.. hatiku terluka..

ku cuba ubati diri, ku selami jiwa,kata-kata semangat kuserapkan bersama keberanian.. ketenangan dan ketabahan ku luahkan,kekecewaan dan kesakitan ku simpan kemasdi sudut hati ku yang terluka.kutemui sinar,walau sinarnya suram, namun mampu tuk terangi diriku yang kelam.. hati meronta untuk tidak mendekati sinar itu, namun hanya itu jalan yang harus ku lalui,ku tempuh juga, walau ku tidak tahu apa akan berlaku mendatang.. ku cuba menyaingi langkahku yang pincang,ku gagahi jua walau kutahu hati ku tiak spenuhnya di situ.. ku cuba namun kecundang jua akhirnya..  kekesalan ku memuncak namun tiada akhirnya,

Sunday, January 9, 2011

harapanku..

"Bila Aku Jatuh Cinta"
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Wassalam